Kerana berwajah cantik, wanita ini berhenti kerja dan menganggur

Laura Fernee, 33 tahun, dari Notting Hill, London, mengaku kecantikannya telah menghancurkan hidupnya. Dia bukannya malas bekerja, namun kecantikannya membuatkan dia terpaksa berhenti bekerja dan memilih untuk menganggur.

Laura mengaku sejak masih belajar lagi tubuh seksinya menarik perhatian para teman lelaki dan membuatnya sering digoda. 

Hal ini terus berulang hingga dia bekerja. Laura sering mendapat ajakan dating dari rakan lelaki dan sering dibuli dan dipulau oleh teman wanita sepejabat.

Tidak tahan dengan tekanan dia memutuskan bahawa bekerja bukanlah untuk dirinya dan memilih menganggur. Katanya kepada Dailymail:

"Saya tidak malas dan bukan bodoh," kata graduan sains tersebut.

"Bukan salahku kalau aku cantik ... Aku tidak boleh melakukan apa-apa tentang ini," tambahnya. Dia kini hidup dibiayai orangtuanya yang kaya. Sewa pangsapuri, keperluan harian hingga belanja pakaian semua dari warisan datuknya yang dia habiskan. Menurut Laura lagi, semasa bekerja dia diberi gaji 3 ribu pounds sebulan.

Kini telah memasuki tahun kedua menjadi penganggur.  Selama setahun terakhir ini dia melancong ke Tokyo, New York, Paris, Jerman dan merawat kecantikannya.

wolipop

3 comments:

  1. Lor..macam tu plak...erm..anak orang kaya xpe... :)

    ReplyDelete
  2. sbb tu dlm islam mewajibkan pmpuan tutup aurat.. :)

    ReplyDelete
  3. haah. sy pon perasan. ada sorg officemate ni. bg sy, sgt cantik. sy ok je kwn dgn dia. tapi officemate perempuan yg lain mcm tak berapa suka dgn dia. kenapa eh? sy sbg perempuan pun keliru..
    nak jeles apapun. dah dia memang cantik semulajadi..

    ReplyDelete