ANGGOTA polis menjalankan siasatan di tempat seorang lelaki yang mati mengejut selepas melarikan sebuah MPV di Taman Melati, Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Malang menimpa seorang lelaki apabila dia bukan sahaja gagal melarikan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza, malah ditemui mati selepas meninggalkan kereta itu ekoran tidak tahan dengan tangisan berterusan seorang budak yang berada di dalamnya semalam.
Kejadian pukul 7 pagi itu berlaku apabila ibu mangsa bertindak meninggalkan kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun tersebut di dalam MPV berkenaan dalam keadaan enjinnya masih hidup di Taman Melati di sini.
Difahamkan, ketika itu, wanita berkenaan hendak menghantar dua anak perempuannya masing-masing berusia empat bulan dan empat tahun ke sebuah pusat jagaan kanak-kanak di situ.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, sebaik melihat wanita itu keluar, seorang lelaki berusia 47 tahun telah masuk ke dalam MPV tersebut lalu melarikannya ke arah Setapak Indah.

Kosmo
tibe2 ek..kuasa Allah..
ReplyDeletetue la kebesaran ALLAH S.W.T
ReplyDeletekalau dia muslim...ya allah...su ul khatimah hidup dia...
ReplyDeleteMasih banyak kes tinggalkan kereta hidup kena curi. Takut betul kakak.
ReplyDeleteAgaknya pencuri tu ada sakit jantung tapi tak tahu - dah takut sangat tu yg jantung berhenti berdenyut..