Jawatan MB Kelantan: TG Nik Aziz serah kepada sultan

Tuan Guru Nik Aziz beratur untuk membuang undi

 PENGKALAN CHEPA: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isteri Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, tiba di pusat pengundian jam 8.15 pagi.

Tuan Guru yang juga calon N.06 Chempaka membuang undi di Sekolah Menengah Raja Sakti, Kota Jembal, dekat sini. Beliau dan isteri turut menunggu giliran sebagaimana pengundi lain, tidak mengambil kesempatan di atas keistimewaannya.

Terdahulu tiga orang anaknya, Nik Adli, Nik Abdul Rahim dan Nik Omar, turut berbuat demikian juga di tempat yang sama.

Tuan Guru Nik Aziz dan isterinya menunjukkan jari yang berdakwat kekal tanda telah mengundi

Tuan Guru ketika ditemui mengharapkan Kelantan kekal di bawah pentadbiran ulama melalui kerajaan sebelum ini. Menurutnya, tidak ada sebab langsung rakyat akan menolak kerajaan sebelum ini.

“Tengok pada zahirnya dan sekiranya PRU 13 ini berjalan mengikut demokrasi sebenar, PAS masih mengekalkan pentadbirannya.

“Bagaimanapun kita sering tahu, PAS sering berhadapan dengan pelbagai dugaan, ugutan, politik wang dan berbagai lagi untuk menjatuhkan kita,”ujarnya.


MB serah kepada Sultan


Berhubung dengan jawatan Menteri Besar sekiranya Pakatan Rakyat menguasi Kelantan, beliau berkata ianya terserah pada Sultan Kelantan untuk melantik siapa.

Ketika memberitahu media juga, Tuan Guru turut mendedahkan beliau mengundi ‘bulan’ (PAS) di samping melahirkan rasa syukur kerana telah selamat membuat pilihan pada PRU ini. - Harakah Daily


 Kelantan tetap milik Pas

KOTA BHARU - Pas Kelantan berjaya mengekalkan pemerintahan negeri selama 23 tahun dengan memperoleh majoriti dua pertiga dalam  Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dalam pilihan raya yang dianggap sengit semalam, Pas  dan sekutunya PKR berjaya memperoleh 31 kerusi berbanding 14  kerusi dari Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun prestasi Pas negeri pada  pilihan raya kali ini jauh merosot berbanding PRU12 apabila BN berjaya menambah bilangan kerusi dari enam kepada 14 kerusi.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bertanding di kerusi Dun Chempaka tidak bermasalah untuk mempertahankan kerusinya dengan memperoleh majoriti 6,500, lebih besar berbanding PRU 12 iaitu majoriti  iaitu 4,249.

Mursyidul Am Pas itu memperolehi undi sebanyak 12,310 manakala calon BN, Wan Razman Wan Abdul Razak memperolehi 5,810.

5 comments:

  1. kagum dengan semangat warga-warga lama yang beratur nak pergi undi. Semalam aku tengok yang awal2 mostly warga emas. Aku? Tengah hari baru muncul hahaha

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, Tahniah Tok Guru :)

    ReplyDelete
  3. Kakak kagum dgn TGNA. Pertuturan beliau sangat berhemah, tak pernah nak marah org tuduh/fitnah itu ini. Inilah balasannya sebab dia berkempen pun bagaikan memberi tazkirah... Allah memberi ganjaran padanya - jadikan panduan buat semua

    ReplyDelete
  4. setuju gak ngan pendapat kak zakie tu..

    ReplyDelete