Tampil cantik di hari mengundi, wanita Kelantan beli pakaian baru

Warna yang begitu mendapat tempat di hati pembeli tudung.

RANTAU PANJANG – Golongan wanita ingin tampil cantik pada setiap masa terutama pada majlis-majlis yang menjadi tumpuan orang ramai, termasuk pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13),  Ahad ini.

Justeru tidak hairan ada dalam kalangan mereka tidak kisah berhabisan, asalkan dapat tampil menarik.

Tinjauan Sinar Harian di pekan Rantau Panjang mendapati ramai wanita berkunjung ke premis jualan di sini untuk membeli tudung, baju dan pakaian untuk dipakai pada Ahad ini.

Kebanyakan mereka membeli pakaian terutama tudung bertemakan warna parti pilihan masing-masing terutama merah, hijau, merah jambu dan biru.

Peniaga berkata, bagi pakaian pasang, kebanyakan wanita mula membelinya sebelum penamaan calon kerana perlu ditempah dan mengambil masa untuk disiapkan.

Peniaga dikenali Ni,35 yang telah berniaga di pekan ini lebih 10 tahun lalu berkata, pelbagai jenis tudung dijualnya mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai sejak kebelakangan ini.

Warna seperti merah dan merah jambu dapat dijual dalam kuantiti lebih banyak berbanding warna lain.

Menurutnya, kebanyakan tudung berkenaan dari pelbagai jenis fabrik dan jenama itu dijual pada harga RM10 hingga RM30.

"Setiap kali pembeli berkunjung ke kedai saya, kebanyakannya memaklumkan akan memakainya pada hari pembuangan undi," katanya. - Sinar Harian

2 comments:

  1. redza, teringat masa kecil. asal nak event pape mesti kena beli baju baru. kalau sukan sekolah, kalau ada teambuilding, ntahpape je rasa.. hehe

    ReplyDelete