Perompak berlian AS$50 juta ditahan


Brussels: Polis semalam mendakwa mencapai kejayaan terbesar dalam siasatan terhadap rompakan berlian AS$50 juta (RM161.3 juta), menahan 31 orang di tiga negara kira-kira tiga bulan selepas perompak melakukan rompakan itu di Lapangan Terbang Brussels.

Seorang lelaki Perancis dipercayai seorang daripada perompak sebenar ditahan di Perancis, manakala enam yang lain ditahan di Switzerland dan 24 lagi di Belgium.


Polis berkata, mereka mempunyai bukti bahawa berlian ditemui di Switzerland dan adalah sebahagian daripada barangan berharga dilarikan dalam rompakan berani 18 Februari lalu yang tersenarai antara rompakan berlian terbesar sejak kebelakangan ini.

Suspek di Perancis dan Switzerland ditahan kelmarin dan keesokan harinya polis Belgium melakukan operasi awal pagi secara besar-besaran dengan 250 anggota terbabit dalam operasi mencari di 40 kediaman. 

“Di Switzerland, kami menemui berlian yang boleh kami katakan berasal dari rompakan itu dan di Belgium sejumlah besar wang ditemui. Dan siasatan masih dilakukan,” kata jurucakap pejabat pendakwa raya Brussels, Jean-Marc Meilleur.


Meilleur tidak mengulas mengenai maklumat lanjut dan tidak menyatakan bagaimana polis dapat menjejaki suspek. Pihak berkuasa dijangka mengumumkan bilangan suspek yang akan didakwa dan ditahan. Ia adalah kejayaan pertama dalam rompakan apabila ramai yang membandingkannya dengan ‘Ocean’s Eleven’ - skrip filem Hollywood kerana teknik rompakannya yang bersih tanpa seorang pun tercedera.


Pada petang musim sejuk yang dingin Februari lalu, berlian terbabit dipunggah ke dalam pesawat yang menuju ke Zurich apabila kumpulan perompak berpakaian polis memandu melalui lubang yang dipotong di pagar lapangan terbang menaiki dua kereta hitam dengan lampu biru siren polis yang berkelip-kelip. - MyMetro

3 comments:

  1. salam redza,,,tudia aih rompak berlian...huhuh...kayo kejap je ..pastu kena tangkap

    ReplyDelete
  2. uiiii besar tu! kalu wat cincin...tertewas cincin kak mah ;-)

    ReplyDelete
  3. Kira pandai juga mereka atur strategik tapi itulah bila dah kena buru tertangkap juga akhirnya..

    ReplyDelete