New Zealand haramkan 77 nama untuk bayi


Kerajaan New Zealand baru-baru ini mengeluarkan senarai nama yang "diharamkan" untuk dijadikan nama bayi. Sebanyak 77 nama dilarang kerana dianggap terlalu ofensif atau aneh.

Nama-nama yang dilarang itu, antara lain, Lucifer, Mafia No Fear, dan Queen Victoria. Bahkan, ada yang pernah merancang "." atau tanda titik sebagai nama seorang bayi. Nama-nama lain yang juga dilarang adalah 4real, V8, dan Anal.

Dalam beberapa kes, sebahagian ibu bapa kehilangan kreativiti dalam memberikan nama untuk bayi mereka dan sekadar memberi tambahan angka di belakang nama bayi mereka.

Jabatan Dalam Negeri New Zealand juga melarang warganya memberi nama yang mengandungi gelar atau jabatan, misalnya "King", "Duke", dan "Princess". Bahkan, nama-nama ini sudah dilarang sejak 2001.

Nama lain yang kerap ditolak adalah "Justice" yang pernah ditolak sebanyak 62 kali.

Pada 2008, mahkamah keluarga New Zealand memerintahkan penggantian nama seorang budak perempuan berusia sembilan tahun.

Ibu bapa anak itu memberinya nama "Talula Does The Hula From Hawaii". Mahkamah menilai nama itu harus diganti kerana memalukan dan mengolok-olok anak itu.

Ketika itu, hakim Rob Murfitt mengkritik para ibu bapa yang memberikan nama-nama aneh untuk anak mereka, seperti "Number 16 Bus Shelter", "Midnight Cardonnay", serta anak kembar bernama "Benson" dan "Hedges". - Kompas

No comments:

Post a Comment