Thursday, May 2, 2013


Selama beberapa bulan terakhir, pihak produksi "Cinderella" berusaha mencari pelakon cantik sebagai bintang utamanya. Peranan ini berjaya diperolehi oleh pelakon muda Lily James yang dikenali setelah membintangi "Wrath of the Titans" dan siri "Downton Abbey".

Sebelumnya, ramai pelakon dikhabarkan ditawar untuk watak "Cinderella" ini termasuk Emma Watson. Setelah Emma menolak, Bella Heathcote dan Margot Robbie juga sempat dicasting sebelum pilihan studio jatuh pada Lily.

Sementara itu, peranan ibu tiri dalam filem tersebut akan diisi oleh Cate Blanchett. Manakala untuk peranan putera, studio masih mencari pelakon yang sesuai hingga sekarang. Namun Richard Madden ("Game of Thrones") dikhabarkan menjadi salah satu pilihan studio.

"Cinderella" dihasilkan oleh Walt Disney Pictures dengan diarahkan pengarah Kenneth Branagh. Sampai saat ini, Disney belum mengumumkan waktu penggambaran dan pelancaran  filem yang diadaptasi dari kisah dongeng popular ini. - wk


Arkib

Search

Followers

Terkini

My Blog List

Gua

My Photo
Kipas susah mati Liverpool FC, "YOU'LL NEVER WALK ALONE" Nightwish, Tarja Turunen

Total Pageviews

Page Rank

Komentar

[ c l o s e ]

Copyright © Realiti Abadi | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | NewBloggerThemes.com