Bangunan baru milik media di China menjadi bahan ejekan kerana menyerupai alat sulit lelaki


Beijing - Sebuah bangunan milik media di China menjadi bahan ejekan kerana bentuknya yang menyerupai zakar raksasa. Bahkan badan sensor tempatan terpaksa menyekat segala hal berkaitan dengan bangunan ini pada rangkaian internet tempatan.

Foto bangunan yang masih dalam pembinaan ini sudah beredar luas di internet. Bangunan ini sebenarnya merupakan pejabat baru akhbar People s Daily yang dikendalikan oleh Parti Komunis China.

Dilapor Asia One, Jumaat (3/5/2013), bentuk bangunan bertingkat ini menjadi ejekan dari orang awam. Komen yang muncul di internet kebanyakan menyindir bangunan yang separuh siap ini.

1 comment: