SHAH ALAM - PKR menafikan presiden parti itu, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengeluarkan kenyataan seolah-olah mengakui anak perempuannya, Nurul Izzah Anwar adalah individu dalam satu klip video yang disebarkan di internet.
Menurut PKR, laman web http://wanazizahblog.com telah digodam dan kenyataan bertajuk ‘Tindakan Undang-Undang Ke Atas Bekas Pensyarah Anak Saya’ bukan ditulis oleh Wan Azizah.
“Blog beliau telah digodam. Media diminta tidak ambil sebarang maklumat daripada laman web itu sehingga petugas (Wan Azizah) memaklumkan masalah itu selesai,” kata kenyataan PKR.
Nurul Izzah ketika dihubungi turut menafikan kenyataan itu ditulis ibunya.
Ditanya sama ada blog itu digodam, Nurul Izzah menjawab ‘Ya’, manakala Wan Azizah pula tidak dapat dihubungi.
Kenyataan bertarikh 3 Mei itu menyebut, sebagai seorang ibu, Wan Azizah amat terguris hati dengan pengedaran klip video memaparkan bekas pensyarah dan anak sulungnya, yang juga calon kerusi Parlimen Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umum ke-13 dalam keadaan yang mengaibkan.
“Sebagai pengajar yang diberi amanah mendidik anak sulung saya, tindakan bekas pensyarah itu adalah dikutuk dan dikeji serta melanggar sepenuhnya tata etika dengan memanipulasikan anak saya yang masih mentah ketika itu,” menurut kenyataan yang disahkan palsu itu.
Kenyataan itu dipadam daripada blog tersebut beberapa jam selepas itu. - Sinar Harian

politik memang kotor. maksud sy, pemain politik.
ReplyDelete