Sebuah bandar di wilayah barat daya negara Dakota Selatan, Amerika Syarikat ingin dijual dengan harga 399,000 dolar AS oleh pemiliknya.
Bandar Swett seluas 2.5 hektar itu hendak dijual dengan seluruh isi bandarnya termasuk sebuah bar, sebuah rumah berkamar tiga, tiga rumah kereta dan sebuah bekas kedai tayar. Bandar ini terletak kira-kira 100 kilometer sebelah tenggara Rapid City, South Dakota.
Penduduk bandar Swett paling tinggi tercatat 40 orang pada 1940-an ketika kota itu mempunyai sebuah pejabat pos dan kedai runcit. Kini penduduk bandar itu hanya dua orang iaitu pemiliknya Lance Benson dan isteri. Penduduk bandar ini menjadi tiga, jika anjing milik Lance masuk hitungan.
Lance Benson membeli Swett pada 1998. Dia kemudian menggunakan bandar itu sebagai pampasan perceraian sebelum membelinya kembali pada 2012.
Kepada harian The Rapid City Journal minggu lalu, Lance mengatakan dia ingin menjual bandar itu dan fokus kepada perniagaannya. Namun, jika dalam setahun bandar itu tak dapat dijual maka dia tetap akan memilikinya.
Seorang agen hartanah, Stacie Montgomery mengatakan dia sudah mendapat banyak pembeli berpotensi dari California, Texas, New York dan New Jersey sejak iklan jualan bandar itu dimuatkan di sebuah harian tempatan.
"Saya bahkan mendapatkan telefon dari sebuah syarikat produksi di Rusia. Mereka ingin membuat filem. Setakat ini saya belum tahu kesungguhan semua telefon ini," kata Stacie.

murahnya dia jual
ReplyDelete