Individu derma tiga tengkorak manusia diburu

Seattle: Pihak berkuasa di Washington menjalankan operasi mencari individu yang mendermakan tiga tengkorak manusia kepada sebuah kedai di pinggir bandar ini.

Pemeriksa perubatan daerah King semalam berkata, dua tengkorak itu milik manusia dewasa dan dipercayai pernah digunakan di pusat perubatan.


Tengkorak ketiga pula dianggarkan berusia lebih lama dan milik seorang kanak-kanak masyarakat pribumi Amerika.

Menurut Undang-undang Amerika Syarikat, tengkorak milik pribumi mesti dipulangkan semula kepada kaum mereka. Pemeriksa perubatan itu meminta mereka yang menderma tengkorak berkenaan memberikan sedikit maklumat supaya ia boleh diserahkan kepada kaum berkenaan tanpa dikenakan sebarang tindakan.


Jurucakap pihak berkuasa tempatan Keith Seinfeld berkata, ia menerima satu panggilan setakat ini tetapi ia tidak banyak yang membantu.


Semua tengkorak itu didermakan bulan lalu kepada sebuah kedai di Bellevue. - AP

Sumber: myMetro

No comments:

Post a Comment