Sejak tahun 1950 ada banyak dakwaan tentang keupayaan Jerman yang telah mencipta suatu pesawat berbentuk piring yang mampu terbang dengan kemampuan yang luar biasa.
Inilah artikel yang akan menjelaskan kepada anda bagaimana kemungkinan fenomena UFO hingga saat ini adalah suatu hasil teknologi tinggi yang dicipta manusia sendiri.
Pesawat ini juga dikenali sebagai "piring terbang" (yang kemudian dinamakan UFO) telah dilihat oleh banyak orang di seluruh dunia sejak tahun 1947 terutama ketika fenomena insiden Roswell terjadi. Menurut peminat teori ini, UFO tidak berasal dari luar bumi, dan UFO hanyalah buatan manusia semata.
Giuseppe Beluzzo (seorang bekas menteri sekaligus saintis) telah menulis suatu artikel di sebuah akhbar Itali "Il Giornale d'Itali" pada tahun 1950. Dalam artikelnya yang kontroversi pada masa itu di mana dunia masih dihebohkan dengan fenomena insiden Roswell, dia menulis bahawa sesungguhnya Jerman telah mempelajari reka bentuk pesawat dengan teknologi tinggi yang berbentuk piring sejak tahun 1942.
Beluzzo akhirnya ditemui mati dibunuh hanya beberapa tahun kemudian selepas dia memuat pengakuannya yang kontroversi tersebut. Dalam waktu yang hampir bersamaan dengan saat dimuatnya artikel itu, seorang jurutera Jerman bernama Rudolf Schriever memberikan pengakuan kepada majalah Der Spiegel bahawa dia telah merekabentuk pesawat berbentuk piring dengan diameter 15 meter.

Kisah Schriever ini kemudian dimuat dalam sebuah buku yang ditulis oleh Rudolf Lusar (seorang major tentera Jerman dari unit teknikal selama perang dunia kedua) pada tahun yang sama juga.
Dalam bukunya, Rudolf banyak membuat pendedahan mengenai senjata-senjata rahsia Nazi yang menurutnya berteknologi tinggi. Namun dari keseluruhan pembahasannya, ada satu bab yang paling menarik. Bab itu berjudul "Wonder Weapons".
Menurut Lusar, Rudolf Schriever bukanlah satu-satunya jurutera yang bekerja dalam merancang "piring terbang" Jerman. Tetapi dia juga bersama rakan-rakannya iaitu, Habermohl, Mierth dan Bellanzo, yang terlibat dalam projek piring terbang ini.
Projek ini sendiri mempunyai dua kilang yang berpusat di Breslau, Poland sebelum akhirnya dihancurkan oleh Jerman sendiri kerana tidak mahu jatuh ke tangan Kesatuan Soviet pada masa itu dan kilang kedua yang berada di Prague, Czech.
Dalam buku tersebut juga dicatat bahawa salah seorang perancang pesawat ini, Mierth, telah berjaya membuat sebuah prototype pesawat yang berbentuk piringan dengan diameter 137 meter. Prototype ini juga mempunyai bonggol di atasnya yang berfungsi sebagai kokpit.

Di kilang kedua di tepi bandar Prague, Czech, Kumpulan jurutera yang dipimpin oleh Schriever dan Habermohl Juga telah mereka bentuk suatu prototype yang hampir sama.
Pesawat ini konon diuji pada tahun 1945 dan mampu mencapai ketinggian 12.4 kilometer hanya dalam tempoh 3 minit. Dikatakan juga bahawa pesawat itu boleh terbang mencapai kelajuan maksimum hingga 2,000 km / jam dengan kelajuan terbang mendatar, yang ertinya lebih cepat dari kelajuan bunyi walaupun pada awalnya dijangka mencapai kelajuan 4,000 km / jam.
Namun ketika itu ramai meragui kesaksian Lusar kerana tidak ditunjang dengan bukti-bukti yang sahih, membuat seorang wartawan bernama Nick Cook menjadi tertarik untuk meneliti masalah ini dan kemudian memulakan pengembaraan beliau untuk melawat lokasi-lokasi yang disebutkan oleh Lusar.
Nick dalam perburuannya akhirnya menemui satu nama yang mungkin berkaitan dengan kewujudan "piring terbang" Jerman ini, iaitu Viktor Schauberger.
Nick kemudian melawat cucu Schauberger dan menemui nota-nota reka bentuk pesawat yang dimiliki olehnya. Menurut Schauberger, dia mampu membuat sebuah mesin yang mempunyai kemampuan untuk "terbang mengikuti alam".

Salah satu projek yang sedang dikerjakan oleh Schauberger adalah sebuah pesawat berbentuk cakera yang menggunakan sistem "Mesin pendorong vortex". Teorinya adalah, jika air atau udara berputar membentuk pusingan, yang juga dikenali dengan sebutan "colloidal", maka saat itu akan dihasilkan tenaga yang cukup untuk mengangkat sebuah objek, termasuk pesawat.
Seorang jurutera aeronautik bernama Roy Fedden percaya bahawa Jerman mempunyai teknologi itu. Fedden berkata:
"Saya telah melihat reka bentuk dan rencana pengeluaran mereka dan menyedari bahawa jika saja mereka boleh melanjutkan perang selama beberapa bulan, maka kita akan melihat konfrontasi udara yang sangat berbeza"
Kesaksian ini juga disokong oleh Kapten Edward J. Ruppelt dari project blue book yang mengatakan:
"Ketika perang dunia II berakhir, Jerman telah mempunyai beberapa bentuk pesawat yang radikal dan beberapa pengendali peluru berpandu. Majoriti pesawat itu memang masih dalam ujian, namun pesawat itu adalah satu-satunya pesawat yang dianggap mampu mencapai kemampuan mendekati objek-objek yang diperhatikan para pemerhati UFO. "

Jika memang teknologi ini telah berjaya dibangunkan oleh Jerman, maka bukan tidak mungkin bahawa pada saat ini ada suatu kilang di suatu bahagian dunia ini yang sedang meneliti dan mengembangkan teknologi piring terbang yang hingga saat ini oleh orang awam seperti kita menganggapnya sebagai UFO.
sumber http://yasirmaster.blogspot.com/2010/11/jerman-ternyata-pernah-menciptakan.html
hebattttt
ReplyDelete