Cor Pan (kiri) bersama pasangannya, Neeltje Tol.
THE HAGUE: Gurauan seorang penumpang warga Belanda dengan memuat naik gambar di laman Facebooknya beberapa minit selepas menaiki pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH17 bahawa ia akan 'hilang', akhirnya bertukar menjadi kenyataan.
Dalam posting berkenaan Cor Pan menyatakan: “Jika ia akan hilang, seperti inilah yang akan berlaku."
Pan, yang merancang untuk menikmati percutian di pantai Malaysia, memuat naik gambar untuk senagaja bergurau bahawa satu lagi pesawat akan hilang secara misteri seperti berlaku terhadap pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi, pada Mac lalu.
Beberapa jam kemudian, pesawat berkenaan juga hilang daripada radar dan mengorbankan 297 penumpang selepas berlepas dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur.
Meskipun tiada pengesahan bahawa Cor, yang berasal dari Volendam, 15 kilometer di utara Amsterdam, berada di dalam pesawat, gambarnya itu dipercayai diambil dari pintu masuk penumpang dengan pesawat sedang menunggu di ruang parkir.
Gambarnya itu disertakan dengan keterangan 'di Lapangan terbang Schipol'.
Komen yang diberikan rakannya dalam Facebook, mengesahkan dia berada di dalam pesawat.
Gambar Cor sehingga tengah malam Khamis sudah dikongsi lebih 10,000 kali di dalam media sosial itu.
Sebelum itu, Cor memuat naik beberapa gambar pantai tropikal yang cantik di dalam laman Facebooknya dan berkata: Hanya menunggu beberapa hari lagi..." - mstar.com.my

Ya Allah , berilah kekuatan kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dengan musibah ni. Betapa beratnya bebanan yang mereka tanggung.Betapa kita sedih dengan tragedi ni , mereka 1000x lagi sedih ,betapa berat mata kita memandang berat lagi bahu mereka yang memikul. ~ Al Fatihah ~
ReplyDelete