San Pedro Huamelula - Berkahwin dengan haiwan dianggap sangat aneh bagi kebanyakan orang. Namun, di Mexico, menikahi seekor buaya dianggap ritual yang sakral, apalagi jika dilakukan oleh seorang datuk bandar.
Dilapor oleh Daily Mail, Khamis, 10 Julai 2014, Datuk Bandar San Pedro Huamelula, Joel Vasquez Rojas, terlihat khusyuk saat menikahi seekor buaya betina di Dewan Bandar. Perayaan ini merupakan sebahagian dari upacara adat bandar nelayan tersebut.
"Pernikahan" Datuk Bandar Rojas dengan buaya ini disaksikan oleh penduduk tempatan. Dan, seperti pesta pada umumnya, upacara perkahwinan ini juga dilakukan dengan meriah. Seluruh penduduk menari-nari dan menyalakan bunga api bersama.
Tak ketinggalan, Rojas juga menari-nari dengan isteri barunya itu. Buaya yang rahangnya diikat demi keselamatan itu kelihatan tenang di dalam gendongan Rojas.
Tradisi masyarakat setempat menganggap haiwan sebagai "ratu", dan ritual ini akan membawa banyak rahmat berupa hasil laut bagi para nelayan. Kerana itu, penduduk yang tidak hadir dalam perayaan ini akan didenda.

Sumber: tempo.co
No comments:
Post a Comment