Ifa Raziah selamat jalani pembedahan buang ketulan di payudara

Ifa Raziah selamat menjalani pembedahan selama tujuh jam di di Beverly Wilshire Medical Centre Kuala Lumpur, semalam. - Foto ihsan oleh Media Hiburan

PENYANYI, pelakon dan pengacara, Ifa Raziah selamat menjalani pembedahan selama tujuh jam bagi membuang beberapa ketulan di kedua-dua belah payu daranya, di Beverly Wilshire Medical Centre Kuala Lumpur, semalam.

Memetik laporan Media Hiburan hari ini, Ifa sebelum ini hanya mendapatkan rawatan biasa di sebuah hospital sedangkan ketulan itu mula dikesan sejak 2011.

Bagaimanapun menurut suaminya, Mohd Yani Abdul Rahman, pembedahan terpaksa dijalankan selepas Ifa mengadu berada sakit dan keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada doktor pakar.

Keadaan Ifa yang ditemui malam tadi kelihatan baik, dia dijangka dibenarkan pulang dalam sehari dua ini.

Antara rakan artis yang datang melawat Ifa ialah Roslan Shah, Fazli Zainal serta beberapa rakan terdekatnya.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment