Rosli mengubahsuai ukiran kayu yang ditemuinya dan dijadikan replika motosikal untuk tontonan umum.
PELIK tetapi benar. Itulah yang bermain dalam fikiran seorang pengusaha kolam memancing ikan tatkala menemui lebih 15 ukiran kayu pelbagai bentuk kira-kira tiga tahun lalu.
Segala ukiran dikumpulkan dan sebahagiannya dipamerkan untuk tontonan orang ramai yang berkunjung ke kolam memancing di Kampung Bukit Teh, Bukit Mertajam.
Menceritakan kembali pengalamannya, Rosli Othman, 62, berkata, penemuan pelbagai ukiran kayu itu berbentuk haiwan dan senjata bermula ketika projek kolam ikannya mula dilaksanakan.
“Tanah seluas dua ekar disewa dan dijadikan kolam ternakan benih anak ikan keli namun entah di mana silapnya, projek yang dijalankan tidak menjadi.
“Bagaimanapun, saya bermimpi dan ada suara yang mengarahkan supaya tanah ditimbuni dan dijadikan tapak kedai. Saya tidak mempercayai 'alamat' mimpi itu namun tidak salah untuk mencuba memandangkan projek yang diusahakan pun sememangnya gagal,” katanya kepada Sinar Harian.
Rosli berkata, ketika kerja-kerja pengorekan berlangsung, satu-persatu ukiran kayu mulai timbul di permukaan.
Katanya, saiz ukiran kayu terbabit juga berbeza-beza dan ada yang menyerupai penyu, kambing, kuda laut dan sebagainya.
“Semakin tanah dikorek, semakin banyak ukiran yang timbul dan saya kutip satu-persatu lalu dibersihkan.
“Yang mana saiznya besar, saya letakkan di ruangan khas di tepi jalan masuk ke kolam ikan manakala selebihnya dipamerkan di atas meja di kedai dan selebihnya disimpan di rumah,” katanya.
Pamer artifak di kolam
Dia berkata, tidak ada sebarang kejadian pelik yang berlaku sepanjang penemuan struktur kayu-kayu pelik malah kolam ikannya mula menjadi tumpuan orang ramai.
Menurutnya, ramai orang luar turut ke sini untuk melihat sendiri ukiran dan bongkah kayu yang dipamerkan.
“Wakil pihak muzium pernah datang dan meneliti ukiran kayu yang dipamerkan malah pihak universiti yang mengkaji barangan artifak turut hadir membuat kajian.
“Setakat ini, ada pengkaji harta purba mengatakan asal-usul ukiran ini diramalkan berasal dari Indonesia manakala jenis kayunya pula mungkin dari Thailand dan Brunei,” katanya.
Katanya, sehingga kini, masih ada saki-baki ukiran kayu yang akan ditemui secara tiba-tiba.
“Saya tidak dapat memberikan jawapan dari mana datangnya longgokan ukiran-ukiran kayu ini.
“Yang mana baru ditemui, saya akan bersihkan dan jemur sebelum disimpan bersama koleksi lain,” katanya.
Jual dengan harga berpatutan
Rosli berkata, dia bersedia untuk menjual segala ukiran kayu yang ditemui dengan harga yang berpatutan.
Menurutnya, sekiranya ada pihak yang berminat untuk memiliki dan membeli ukiran kayu ini, dia bersedia untuk menjualnya sejajar dengan harga yang ditawarkan.
“Sebelum ini, sudah ada dua tiga orang yang menyatakan keinginan untuk membeli bongkah kayu yang dipamerkan namun ketika itu hati saya masih belum terbuka untuk menjualnya.
“Bagaimanapun, saya bersedia untuk melepaskan artifak ini kepada peminat mahupun pengumpul barangan purba sekiranya harga yang ditawarkan bersesuaian,” katanya.
Sumber: sinar Harian

biar betik???
ReplyDelete