Foto: Thinkstockphotos.com
Seorang wanita separuh umur dikejarkan ke hospital setelah mengalami keracunan cendawan. Yang lebih mengejutkan lagi, kebiasaan ini sudah 8 tahun lamanya dia lakukan. Apakah wanita yang bernama Wang ini ingin bunuh diri?
Tidak. Rupanya ada alasan tersendiri Wang mengambil cendawan yang disebutnya Boletus Luridus itu. Dia secara tak sengaja makan cendawan itu di rumah rakannya 8 tahun lalu. Ternyata keracunan yang berlaku membuatnya boleh berhalusinasi melihat anak perempuannya yang sudah meninggal. Dalam halusinasinya itu, dia melihat anak perempuannya masih berusia 10 tahun walaupun berkesudahan dengan cirit-birit dan pelbagai gejala aneh lain
Kebiasaannya ini berlangsung terus sampai 8 tahun lamanya. Namun sayang, hanya sekali sahaja dia berhalusinasi melihat anaknya iaitu ketika pertama kali memakan cendawan tersebut. Selepas itu dia tak pernah lagi melihat halusinasi puterinya itu.Beberapa kali dia mengalami halusinasi lain dan tak pernah melihat puterinya.
Selepas banyak memakan cendawan keadaannya bertambah buruk dan harus dirawat di hospital. Di hospital, Wang sangat sedih dan menceritakan bahawa dia tak boleh melihat bayangan anaknya lagi.
Kemungkinan untuk boleh berhalusinasi hal yang sama akibat makan cendawan sebenarnya tidak mungkin. Halusinasi itu hanya kebetulan saja dan setiap orang punya reaksi berbeza-beza terhadap racun cendawan tersebut. Doktor menyarankan Wang agar tidak mengambil risiko lagi demi melihat anaknya yang sudah meninggal.
Sumber: vemale.com
No comments:
Post a Comment