Reds tetap 'ok' tanpa Suarez

 
PENGENDALI Liverpool, Brendan Rodgers yakin The Reds akan terus berjaya di musim hadapan walaupun ketiadaan Luis Suarez yang berhijrah ke Barcelona.

Rodgers yang membimbing Liverpool ke tangga kedua liga musim lalu menjelaskan ketiadaan Suarez sedikit pun tidak mengganggu persiapan The Reds.

“Kami sedang fokus untuk berdepan dengan masa depan. Kami akan teruskan kejayaan kami dan memperbaiki apa yang perlu.

“Saya yakin kami akan lebih kuat di musim baharu nanti dan mampu bersaing di peringkat domestik serta di peringkat yang lebih tinggi iaitu Liga Juara-Juara,” katanya.

Dalam pada itu, Rodgers turut menjelaskan, Suarez merupakan nadi kejayaan pasukannya musim lalu.

“Suarez pemain yang mempunyai bakat istimewa. Saya berterima kasih dengan peranannya di sini.

“Kami sudah berusaha untuk tidak membenarkan dia pergi tetapi kami perlu menghormati keputusannya,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment