Petaling Jaya: Seorang lelaki tempatan beragama Islam ditahan anggota Jabatan Imigresen selepas didapati mendapatkan khidmat urutan seks pada bulan Ramadan di sebuah pusat urutan tradisional di Taman Putra Perdana, Puchong di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, lelaki berusia 47 tahun itu didapati turut tidak berpuasa serta melakukan maksiat bersama wanita tukang urut seksi di premis berkenaan.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Putrajaya Abdul Halim Ismail berkata, lelaki itu ditahan secara kebetulan selepas sepasukan anggota Jabatan Imigresen Putrajaya menyerbu premis dijadikan pusat urutan tradisional.
Menurutnya, pusat urutan itu yang beroperasi di kawasan perumahan dikesan beroperasi bermula jam 12 tengah hari hingga larut malam bagi menarik perhatian pelanggan.
“Ketika serbuan dilakukan, pihak kami mendapati tiga wanita leka mengurut pelanggan masing-masing termasuk seorang lelaki Melayu.
“Premis berkenaan turut dimiliki seorang lelaki tempatan juga menawarkan perkhidmatan urut badan ke badan selain perkhidmatan berunsur seks,” katanya.
Beliau berkata, pihak imigresen menahan lapan wanita warga Thailand berusia 31 hingga 47 tahun yang didapati memasuki negara ini secara haram.
“Semua wanita itu didapati berpakaian seksi ketika mengurut pelanggan. Semua mereka yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
“Penjaga premis itu pula ditahan mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana dengan sengaja memberi perlindungan kepada warga asing,” katanya.
Menurutnya, pemilik premis menggunakan taktik dengan menempatkan semua wanita itu di premis berasingan berhampiran rumah urut itu.
“Penjaga premis hanya menghubungi wanita terbabit untuk memulakan tugas apabila pelanggan memasuki rumah urut berkenaan,” katanya.
Sumber: myMetro

ADOI DUNIA2
ReplyDeletehurmmm.....
ReplyDelete