Selepas 24 tahun, Argentina akhirnya ke final Piala Dunia


Piala Dunia: Argentina layak final tewaskan Belanda penentuan sepakan penalti

SAO PAULO: Argentina pimpinan Lionel Messi menewaskan Belanda 4-2 menerusi penentuan sepakan untuk layak ke final Piala Dunia yang pertama sejak 1990.

Penjaga gol Argentina, Sergio Romero menyelamatkan penalti daripada Wesley Sneijder dan Ron Vlaar untuk membantu pasukan Latin Amerika itu memburu mahkota kejuaraan pada edisi kali ini.
Kedua-dua-dua pasukan itu seri 0-0 selepas perlawanan masa tambahan.

Dalam perlawanan akhir, Argentina akan bertemu Jerman di Stadium Maracana, Rio de Janeiro, Ahad ini. - AFP

Sumber

1 comment:

  1. tak minat bola tapi macam nak sokong argentina sebab dulu suka batistuta handsome haha

    ReplyDelete