Wei Xinpeng, pencari mayat di Sungai Kuning


Seorang nelayan di China melakukan pekerjaan yang aneh iaitu mencari mayat di Sungai Kuning.

Wei Xinpeng, memulai harinya dengan duduk sambil merokok di tepi sungai. Matanya mengamati air Sungai Kuning yang keruh. Dia yakin, sungai itu sentiasa terdapat mayat manusia akibat dari kemalangan, dibunuh, atau pun bunuh diri.


Dalam tujuh tahun terakhir, mencari mayat adalah kegiatan rutin lelaki berusia 55 tahun itu. Dia akan menjual penemuannya itu kepada kaum keluarga mayat berkenaan. "Saya memberi penghargaan kepada si mayat," ujarnya seperti dilapor BBC.

Wei mengaku telah mengumpulkan sebanyak 500 mayat dari dasar sungai. "Orang-orang ini mati dengan cara yang tragis," ujar Wei.

Dia mengumpulkan mayat yang ditemui itu di satu teluk kecil yang tidak berarus. Mayat-mayat pelbagai bentuk itu disusun di sana. 


Setiap kali berhasil menemui mayat, Wei mengumumkannya di akhbar tempatan. Dia menyebut ciri fizikal mayat itu, sehingga keluarga yang bersangkutan dapat segera mengenalinya. Biasanya, keluarga si mati akan menelefon Wei, dan meminta dihantar ke tempat dia menyimpannya

Wei akan membawa keluarga si mayat ke teluk kecil itu dan mengenakan sedikit bayaran untuk perkhidmatan membalikkan tubuh si mayat agar wajahnya dapat dilihat. Jika keluarga ingin membawa mayat pulang, maka mereka harus membayar wang lebih dari US $ 500.

Wei berkata, selama ini dia telah menjual kira-kira 40 mayat. Tapi kadang-kadang, keluarga mayat enggan membayar, dan pulang tanpa membawa mayat yang ditemui Wei. "Satu kali orang tua mencari anaknya. Mereka melihat sebentar, lalu pergi tanpa berkata apa-apa. Mereka tak membawanya pulang, "ujar Wei.

Jika keluarga tak mahu membawa pulang mayat tersebut, Wei terpaksa menguburkannya. Soalnya, kerajaan akan membiarkan mayat yang ditemui reput tanpa melakukan apa-apa.

Wei mengatakan apa yang dia lakukan bukan semata-mata kerana wang, tetapi kerana alasan lebih peribadi. Pekerjaan ini, kata Wei, bermula dari usahanya untuk mencari anaknya sendiri yang tenggelam di Sungai Kuning.

"Anak saya tenggelam di sungai ini dan saya tidak dapat mencari mayatnya. Sangat menyakitkan. Itu sebabnya saya melakukan kerja ini, "ujar Wei.

Anak Wei sampai sekarang belum dijumpai.

No comments:

Post a Comment