Kisah wanita pengidap kanser membuat 1000 boneka untuk biayai rawatannya

Foto: Shanghaiist.com

Walaupun dilanda penyakit berat, hidup tetap harus semangat. Itulah yang ada di dalam benak seorang wanita 26 tahun, Zhou Jie. Di usia yang sangat muda, dia disahkan mengidap kanser usus.

Sebulan selepas berkahwin di bulan Oktober 2012, Zhou Jie menerima khabar buruk yang bagai petir di siang hari itu. Untuk merawat penyakitnya ini, dia sudah menghabiskan hampir seluruh simpanan keluarganya.

 Foto: english.cri.cn

Dia sebenarnya boleh meminta sumbangan dan mencari penderma, namun wanita itu memilih berusaha sendiri dengan membuat boneka dan menjualnya secara online. Hasil jualan boneka tersebut dipakai untuk membiayai rawatannya sendiri.

Wanita asal Sichuan ini disebut sebagai si gadis boneka kerana kisahnya yang mengharukan di Weibo. Zhou Jie memang membuat mini diary dalam micro blognya di Weibo. Hujan simpati pada kisah Zhou Jie mengetuk hati para sukarelawan yang kadang datang untuk membantu wanita itu membuat dan menjual boneka secara online.

 Foto: english.cri.cn

Meski sudah mengusahakan rawatan sendiri dengan menjual boneka, keadaan Zhou Jie tak boleh dikatakan bertambah baik. Meski tubuhnya semakin kurus, dia tetap membuat boneka-boneka lucu untuk dijual. Sekurang-kurangnya, dia tak banyak membebankan keluarganya untuk kos perubatan.

Bergelut dengan penyakitnya selama hampir 2 tahun, akhirnya Zhou Jie meninggal dunia pada 29 Jun lalu setelah beberapa waktu koma. Zhou Jie sempat membuat boneka tanda terima kasih untuk pembelinya. Dia meninggal dengan tenang setelah berjaya membuat 1000 buah boneka.

 Sukarelawan membantu menjual boneka Zhou Jie. Foto: Shanghaiist.com

Bahkan, selepas meninggal pun, Zhou Jie masih berkongsi kebaikan. Semasa hidup, dia sudah bersetuju untuk mendermakan organ tubuhnya. Sungguh mulia masa hidup Zhou Jie yang di sisa hidupnya masih memikirkan orang lain.

Sumber dari vemale.com

1 comment: