Menjelang final Piala Dunia, Messi alami letih dan lesu

BAPA kepada penyerang Argentina Lionel Messi berkata anaknya itu berada dalam keadaan keletihan dan lesu ketika persiapan final Piala Dunia bertemu Jerman Isnin ini.

Ayam tambatan Barcelona ini berjaya membantu pasukan Argentina melepasi saingan peringkat kumpulan Piala Dunia sebelum mara ke suku akhir bertemu Belgium dan menang separuh akhir menerusi penentuan penalti.

Bapanya, Jorge memeberitahu kepada akhbar Brazil Folha de S.Paulo bahawa Messi mengalami keletihan melampau.

"Leo (Messi) berkata kakinya berat seperti 100 kilogram. Dia sangat letih," jelas Jorge.

Dalam pada itu, Messi menghadiahkan kemenangan separuh akhir ke atas Belanda kepada wartawan Argentina Jorge Luis Lopez yang meninggal dunia selepas teksi yang dinaikinya dilanggar oleh sebuah kereta curi Sao Paulo.

"Pelukan sayang kepada semua orang Argentina dan istimewa kepada Jorge 'Top' Lopez. Kejayaan ini adalah untuk kamu, kawan. Juga untuk keluarga. Tabah," tulis Messi di laman sosial media.

Sumber: mstar.com.my

No comments:

Post a Comment