PENGACARA sensasi, Azwan Ali menyifatkan tindakannya memuat naik status yang menghina juadah bazar Ramadan di laman sosial Twitter miliknya, adalah sesuatu yang wajar.
"Status itu bukanlah ditujukan pada semua bazar sebaliknya saya tulis perkataan most yang bermaksud kebanyakan.
"Tetapi, saya dimaki hamun malah diugut oleh semua peniaga bazar.
"Mereka kata mahu 'mencincang saya hidup-hidup' sekiranya saya menjejakkan kaki ke mana-mana bazar sekalipun," katanya kepada Zass ketika ditemui selepas Sidang Media Program Raya Astro.
Menurutnya, setiap ugutan dan kecaman yang diterimanya itu tidak menjadi penghalang buat dirinya untuk mengunjungi ke mana-mana bazar Ramadan selepas ini. Sementelah dia baru saja menjayakan program Bazar Seindah Ramadan di Melaka anjuran TV9, Sabtu lalu.
Bagaimanapun, adik kepada Azmin Ali ini menerima pengajaran daripada peristiwa terbabit, malah mengakui mulutnya agak lancang dalam menyuarakan pendapat.
"Saya bukan sengaja hendak memburuk-burukkan peniaga bazar, tetapi apa yang saya katakan ada benarnya.
"Lihat, apa yang terjadi selepas dua tiga hari saya muat naik status? Ada pula kes keracunan di bazar Ramadan sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak koma.
"Malah, apa yang saya lihat, rupa-rupanya masyarakat kita ini tidak boleh ditegur secara terus dan terbuka," katanya.
Jelasnya lagi, semua tindak tanduknya di laman sosial hanyalah kerana mahu mempertahankan setiap kenyataan yang dikeluarkannya.
"Oleh itu, sempena Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang ini, saya ingin mohon maaf kepada semua.
"Tetapi, kalau ada yang tak mahu maafkan saya atau berdendam dengan saya, tak mengapalah," katanya.
Terdahulu, Azwan memuat naik status di Twitter miliknya yang berbunyi 'Slm. Tak main la beli juadah kat bazar Ramadan? Most rasa sampah! Maaf! Just face the facts! So!.
Gara-gara perbuatannya itu, ia menyebabkan tercetusnya kontroversi dan mendapat kecaman masyarakat.
Anak angkat dari tahfiz
Sementara itu, Azwan baru saja mengambil seorang anak angkat dari Sekolah Tahfiz Darul Aminah, Seremban.
Anak angkatnya yang bernama Muhammad Aqil Mikael Rahman atau Aqil berusia enam tahun itu adalah kanak-kanak yatim piatu.
Katanya lagi, dia mengenali Aqil sejak berumur setahun dan berhasrat menjadikannya anak angkat setelah terpikat dengan kepintaran kanak-kanak itu bermain alat muzik, tabla.
Jelasnya, Aqil akan terus menetap di asrama sekolahnya, tetapi semua perbelanjaannya akan ditanggung oleh Azwan.
Sumber: Sinar Harian

No comments:
Post a Comment