Heboh, Penalti Pertama Belanda Sebenarnya Gol? lihat video



Benarkah tendangan pertama Belanda dalam  penalti melawan Argentina pada separuh akhir Piala Dunia 2014 seharusnya diambil kira sebagai gol?

Khabar tendangan Ron Vlaar yang dianggap masuk itu merebak di internet, terutama dibahas laman-laman berita Inggeris, termasuk The Guardian.

Jika anda perhatikan tayangannya kembali, maka anda mendapati bola itu memang benar berjaya dihalang oleh Sergio Romero, tetapi penjaga gol Argentina terus meraikan kejayaannya ketika bola ternyata masih bergerak dan bergolek kembali ke gawang, berhenti tepat di garisan gol.




Vlaar terlihat menyampaikan bahasa tubuh kepada pengadil bahawa bola itu masih bergerak setelah ditahan Romero untuk masuk ke gawang Argentina.  Namun, pengadil Cuneyt Cakir menolak protes pemain Belanda yang bermain untuk Aston Villa itu.

Tetapi tayangan video dibawah memperlihatkan ada kemungkinan bola tersentuh bahu Vlaar lalu memantul masuk ke gawang Argentina, demikian dilaporkan The Guardian.



Sumber: kompas.com

No comments:

Post a Comment