JERMAN 1
Mats Hummels (m13)
PERANCIS 0
RIO DE JANEIRO: Jerman menempah tiket berharga ke separuh akhir keempat berturut-turut dalam kempen Piala Dunia sejak 2002 hasil kejayaan menundukkan Perancis 1-0 di Stadium Maracana, sebentar tadi.
Jaringan pertahanan, Mats Hummels pada minit ke-13 perlawanan sudah cukup buat juara dunia tiga kali itu mengatasi Perancis dalam perlawanan yang kurang menarik seperti diharapkan.
Gol tunggal Jerman berpunca menerusi sepakan percuma Toni Kroos dengan Hummels yang gagal dikawal pertahanan Perancis dan berjaya melepaskan tandukan cantik menewaskan penjaga gol yang juga kapten, Hugo Lloris.
Perancis begitupun lebih banyak mengasak memiliki peluang untuk meledak gol seawal minit keenam, namun cubaan penyerang, Karim Benzema menerusi satu serangan balas, tersasar ke kiri gawang Jerman.
Peluang terbaik Perancis muncul pada minit ke-33 juga menerusi Benzema hasil gandingannya bersama Antoine Griezmann dan Mathieu Valbuena namun sepakannya tertampan Hummels.
Masuk babak kedua, perlawanan yang diharap rancak berlangsung lebih berhati-hati dengan kedua-dua pasukan jarang melancarkan serangan berbahaya sehingga 15 minit terakhir perlawanan.
Perancis yang dibimbing legenda Piala Dunianya, Didier Deschamps cuba menambah sengat di bahagian serangan dengan memasukkan kesemua penyerangnya, Olivier Giroud dan Loic Remy untuk memecah kebuntuan gol namun terus hampa.
Malah, peluang terbaik Benzema ketika masa kecederaan babak kedua berjaya ditampan penjaga gol Jerman, Manuel Neuer yang melakukan banyak melakukan aksi menyelamat menakjubkan ketika babak kedua hampir berakhir. - Agensi
Sumber

No comments:
Post a Comment