Kamera Perang Dunia II ditemui, mari lihat isinya

Penemuan bersejarah membantu kita menangkap suasana suatu peristiwa sejarah ketika sedang berlaku sehingga membantu kita memahami dan mendalami kejadian tersebut.

Di sisi gunung di Luxembourg, seorang Kapten Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), Mark D. Anderson, dan seorang sejarawan, Jean Muller, menemui sebuah kamera ketika sedang mencari barangan dari Pertempuran Bulge, suatu pertempuran yang penting dalam Perang Dunia II yang terjadi di tahun 1944.

Seperti yang dilaporkan oleh Liputan6.com dari San Francisco Globe Jumaat (4/7/2014), dengan bantuan alat pengesan logam, mereka menjumpai satu lubang persembunyian yang digali semasa perang itu. Di dalamnya, mereka menemui pelbagai benda milik seorang askar AS, Louis J. Archambeau.

Archambeau gugur dalam pertempuran tersebut, namun dia meninggalkan sebuah kamera mengandungi segulung filem yang belum diproses.

Anderson dan Muller memproses filem itu dan muncullah foto-foto milik tentera yang gugur tersebut.

Inilah yang dulu disaksikan oleh Louis J. Archambeau dan sekarang kita lihat 70 tahun kemudian.  






No comments:

Post a Comment