Tragis! Kanak-kanak kebuluran menunggu masa dibaham burung pemakan bangkai


 Foto tersebut menunjukkan seorang kanak-kanak mangsa konflik di Sudan sekitar tahun 1993, sedang merangkak menuju ke tempat perlindungan pelarian milik PBB, yg berjarak 1 km. Mengekori di belakang kanak-kanak itu adalah burung pemakan bangkai yang menunggu masa kanak-kanak itu mati untuk memakannya.


Yang tragisnya adalah tidak ada seorang pun tahu nasib kanak-kanak dalam foto tersebut, termasuk jurugambar yg mengambil foto berkenaan.  Jurugambar tersebut berlalu pergi selepas foto itu diambil, kerana di kawasan tersebut terdapat konflik bersenjata yg membahayakan nyawa.

Foto tersebut kemudian diterbitkan di akhbar The New York Times pada tanggal 26 Mac 1993.

 Kevin Carter

Kevin Carter adalah jurugambar senior yg berasal dr Johanesburg, Afrika Selatan. Dia mengaku terpaksa meninggalkan anak tersebut, kerana saat itu dia telah mendapat larangan untuk menyentuh para pelarian tersebut, mereka dikhuatiri membawa penyakit berbahaya.

Pada 2 April 1994 akhirnya Kevin Carter memperoleh penghargaan tertinggi, Pulitzer Feature Photograpy untuk foto itu. Selepas memperolehi anugerah ini, dia mendapat banyak kecaman kerana tidak berusaha membantu kanak-kanak malang itu.

Seminggu selepas dia mendapat anugerah itu, dia akhirnya membunuh diri kerana rasa bersalah yg teramat sangat.

Diary:
Dear God, I promise I will never waste my food no matter how bad it can taste and how full I may be. I pray that He will protect this little boy, guide and deliver him away from his misery. I pray that we will be more sensitive towards the world around us and not be blinded by our own selfish nature and interests. I hope this picture will always serve as a reminder to us that how fortunate we are and that we must never ever take things for granted.

No comments:

Post a Comment