Lelaki tua dandan rambut Lego untuk pikat wanita

Wu Lei bertindak nekad mendandam rambut seperti watak animasi Lego semata-mata mahu memikat gadis idamannya.

TAIWAN  - Seorang lelaki Taiwan sanggup bertindak luar biasa dengan mendandan rambutnya berbentuk petak seakan-akan rambut watak animasi Lego, semata-mata mahu memikat hati gadis idamannya, lapor Mail Online.

Namun, hasrat Wu Lei, 54, seorang saintis di Universiti Kebangsaan Taiwan untuk memikat hati Ling Lin, 23, tidak kesampaian apabila wanita tersebut tidak suka akan penampilan baharunya itu.

Ling berkata, rambut berkenaan telah membuatkannya menjadi kurang hormat terhadap Wu kerana dia kelihatan seperti watak animasi Lego.

"Kawan saya mengelarnya sebagai 'orang bodoh’, dia sepatutnya bertindak lebih matang sesuai dengan usianya. Saya percaya dia akan mendapat teman wanita lain kerana memiliki pekerjaan yang bagus sebagai ahli sains di makmal perubatan," jelas Ling.

Sementara itu, Wu yang memiliki pendapatan bulanan sebanyak 1,400 pound (RM7692.98) berkata, dia masih tidak faham kenapa Ling tidak dapat menerimanya sebagai teman lelakinya.

"Saya mendandan rambut sebegini kerana mahu kelihatan segak seperti jejaka berusia 20-an atau 30-an yang mahu memikat gadis pujaannya," ujar Wu.

Tambah Wu, dia menghabiskan masa selama dua jam menggunakan dua botol gel rambut untuk mendandan rambut berkenaan.

Sejak itu, rambut Wu sering mendapat liputan meluas media sehingga seorang artis terkenal Cherng Li turut menjadikan Wu sebagai salah satu watak dalam komiknya.

Sumber: Utusan Online

No comments:

Post a Comment