MH17: 'Buk' tak dapat lari

WALAUPUN sisasatan rasmi sedang dijalankan pihak berkuasa, beberapa laporan di laman sosial mengemukakan bukti sekumpulan pemberontak pro-Russia memiliki sistem peluru berpandu 'Buk' atau SA-11 yang mempunyai kemampuan menembak jatuh sebuah pesawat.

Beberapa imej dan video yang muncul di laman sosial dikatakan menunjukkan sistem peluru berpandu ini berada di wilayah Donetsk di timur Ukraine sebelum pesawat terhempas.

Laman web Storyful mengumpul maklumat daripada laman sosial dan wartawan serta pakar media sosial berusaha mengesahkan kesahihan maklumat daripada media sosial itu.

Maklumat yang disahkan dilampirkan ke dalam satu laporan dan Storyful menentukan bahawa ahli kumpulan pemberontak Donetsk People’s Republic sekurang-kurangnya mempunyai akses kepada sistem pembinasa kapal terbang seperti yang digunakan ke atas MH17.
 
 RAKAMAN video oleh Kementerian Dalam Negeri Ukraine mendakwa lori membawa 'Buk' tanpa satu peluru berpandunya. FOTO AP

Laporan Storyful itu juga menjelaskan, walaupun angkatan tentera Ukraine juga mempunyai kemampuan yang serupa, peluru berpandu ditembak dari kawasan dikawal pemberontak pro-Russia.


Laporan dari lokasi nahas di beberapa laman media sosial memberi pandangan awal mengenai kejadian itu serta lokasi sistem peluru berpandu ‘Buk’ di kawasan yang dikawal kumpulan pemberontak pro-Russia sebelum berlakunya nahas itu.

Maklumat ini muncul seawal 29 Jun daripada akaun Twitter yang berkaitan dengan Donetsk People’s Republic (DPR), @DNRpress yang menunjukkan sistem 'Buk' serta penjelasan “ia berada di kawasan rejimen A1402.”

 Tweet yang mengesahkan pemberontak pro-Russia memiliki 'Buk'

 Rejimen A1402 bergerak ke kawasan Donetsk pada 2007 dari Odessa dan berpangkalan berhampiran lapangan terbang Donetsk.

Sementara itu, sejurus selepas pesawat MH17 dilaporkan terhempas, satu akaun media sosial yang dikaitkan dengan komander DPR Igor Strelkov menyatakan sebuah pesawat tentera An-26 ditemkbak jatuh berhampiran Torez yang dikawal kumpulan pemberontak.

 Kawasan nahas terletak tidak jauh di utara Torez.

 Komen Strelkov selepas menganggap pesawat yang ditembak adalah pesawat tentera An-26


ITAR-TASS juga melaporkan berita sama sebelum laporan pesawat MH17 terhempas mula muncul.
Tweet itu dihantar pada 10.14 malam (waktu Malaysia) manakala Malaysia Airlines melaporkan telah terputus hubungan dengan MH17 kira-kira seminit selepas itu.

Kementerian Dalam Negeri Ukraine juga melepaskan satu rakaman video menunjukkan ‘Buk’ dibawa ke timur Ukraine. Menterinya, Arsen Avakov mendakwa ia dirakam di Krasnodon yang berhampiran sempadan Russia.

Satu lagi video pada 17 Julai menunjukkan ‘Buk’ dipindahkan dekat Snizhne yang terletak di tenggara lokasi nahas MH17 manakala satu gambar yang dimuat naik selepas kejadian juga menunjukkan ‘Buk’ ber ada di Snizhne.

 Video ‘BUK’ dimuat naik semula selepas video asal dibawa turun

Namun, lokasi sebenar gambar tersebut dapat dikenalpasti di Torez dan bukan Snizhne oleh pengguna Twitter @AricToler.

Lokasi sebenar ‘Buk’ dapat dikenalpasti oleh pengguna Twitter


Walaupun Tweet dan rakaman video telah dipadamkan oleh pemilik, salinannya masih boleh dijumpai di Internet.

Selain itu, beberapa rakaman video daripada lokasi kejadian cuba disahkan oleh Storyful termasuk satu yang menunjukkan serpihan pesawat yang jatuh.

Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SBU) juga mendakwa berjaya memintas dua perbualan telefon di mana pemberontak pro-Russia yang mengaku tersalah tembak jatuh Penerbangan MH17 selepas insiden berlaku, namun ia belum disahkan betul oleh Storyful.

Dalam satu sesi media pada 18 Julai, Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Babngsa Bersatu (PBB) Samantha Power mendakwa bukti MH17 ”kemungkinan besar” ditembak oleh peluru berpandu SA-11” dari kawasan pemberontak pro-Russia di timur Ukraine.

Sistem peluru berpandu lain pula diketepikan kerana pesawat terbang pada ketinggian 10,000 meter.

Power juga menyatakan peluru berpandu Buk dilihat di Snizhne oleh beberapa wartawan yang juga dilaporkan oleh agensi berita AP. - myMetro

No comments:

Post a Comment