6 wanita jelita penyeri pesta dadah

 Gambar hiasan

Ipoh: Dua lelaki Melayu yang tidak menghormati bulan Ramadan didapati berada bersama-sama 23 lelaki warga tempatan yang disyaki menganjurkan pesta dadah di sebuah pusat hiburan di sebuah bangunan komersial di Jalan Raja Nazrin Shah, di sini.

Malah, bagi memeriahkan pesta tidak bermoral kira-kira jam 2.30 pagi itu, enam wanita warga asing turut dibawa ke premis berkenaan sebagai ‘penyeri’ dan hiburan kepada mereka.

Difahamkan, kehadiran wanita jelita warga Indonesia itu sebagai pelayan dipercayai bagi menghibur serta memuaskan nafsu kumpulan berkenaan.

Kegiatan itu dikesan dalam operasi khas digerakkan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Ahad lalu.

Serbuan itu mendapati semua pelanggan yang asyik berhibur di beberapa bilik di premis itu berada dalam pengaruh alkohol dan dadah.

Sumber berkata, dua lelaki Melayu yang dikesan berada di premis berkenaan ketika serbuan, namun dibebaskan selepas selesai proses dokumentasi dan pemeriksaan awal ujian air kencing mendapati mereka bebas daripada pengaruh dadah.

“Semua mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 40 tahun.

Pemeriksaan lanjut mendapati seramai 15 daripada lelaki warga tempatan yang terdiri daripada tujuh lelaki India dan lapan Cina positif dadah jenis methampetamine, amphetamine dan ketamin.

“Pemeriksaan awal ujian air kencing terhadap semua wanita warga Indonesia yang ditahan juga positif dadah jenis methampetamine,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut di premis berkenaan tidak menjumpai bungkusan peket dadah dalam serbuan itu kerana kumpulan suspek dipercayai menyedari kehadiran anggota polis dan disyaki melakukan kegiatan mereka secara sembunyi,” katanya.

Beliau berkata ketika serbuan dijalankan semua mereka memberi kerjasama. dan tidak bertindak di luar dugaan seperti melarikan diri apabila melihat kehadiran anggota polis.

“Mereka yang ditahan dibawa ke Balai Polis Sungai Senam untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak Asisten Komisioner Yap Toon Khuan ketika dihubungi berkata, operasi dijalankan di pusat hiburan itu dan siasatan berhubung kejadian masih dijalankan.

Sumber: myMetro

1 comment: