BRASILIA: “Ini persembahan terbaik kami dalam Piala Dunia setakat ini,” kata ketua jurulatih Argentina, Alejandro Sabella selepas anak didiknya pimpinan Lionel Messi layak ke separuh akhir.
Juara dunia dua kali itu menewaskan Belgium 1-0 menerusi jaringan tunggal Gonzalo Higuain pada minit kelapan dalam aksi suku akhir di Stadium Nasional Mane Garrincha, awal pagi tadi.
Sabellla yang rimas satu ketika dalam perlawanan, khasnya apabila diasak lawan untuk gol penyamaan pada lewat babak permainan beranggapan ia perlawanan terbaik disajikan Argentina yang seimbang dalam segala aspek - sekali gus mara ke kelompok empat teratas buat pertama kali selepas 24 tahun.
Namun, kejayaan pasukan turut diselubungi rasa duka apabila pemain tonggak, Angel Di Maria tercedera dan terpaksa dikeluarkan pada babak pertama. Ia mungkin menafikan peluangnya beraksi dalam separuh akhir nanti.
“Ia satu saat gembira buat pasukan ini, untuk rakyat kami dan keluarga...untuk sesiapa sahaja yang menyokong barisan ini. Tapi kecederaan pada Di Maria adalah satu tamparan besar ketika ini,” kata Sabella.
Argentina akan menentang sama ada Belanda atau Costa Rica yang akan bertemu dalam satu lagi saingan suku akhir nanti.
Tanpa bintang Brazil, Neymar yang terpaksa berundur kerana kecederaan dan kempen yang sudah pun tamat untuk James Rodriguez dari Colombia, kini Messi seperti memberi isyarat Piala Dunia kali ini mungkin miliknya.
Dia menjana kejayaan pasukan sekali lagi dengan permainan lincah penuh muslihat. Walaupun gagal menjaringkan gol namun impak ditunjukkan oleh bintang Barcelona tidak dinafikan membantu sekali lagi pasukan menggapai cita-cita besar di Brazil. - AFP
Messi harus menjadikan kedudukan 2-0 daripada satu serangan balas pada lewat babak permainan namun usahanya dihalang penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois. - AFP
Sumber

No comments:
Post a Comment