Kenapa Amerika digelar sebagai negara Uncle Sam?. Begini ceritanya, dahulu ada orang bernama Samuel Wilson. Beliau dilahirkan di Arlington, tarikh 13 September 1766. Pada usia 14 tahun, beliau menjadi sukarelawan pejuang bagi negaranya. Setelah dewasa, beliau membuka perniagaan bungkusan daging di New York dan membekalkan daging kepada tentera AS dalam Perang 1812.
Pada tahun 1812 jumlah barangan untuk tentera dibeli di Troy, NY, oleh Elbert Anderson, seorang kontraktor kerajaan. Barang diperiksa oleh dua bersaudara, Ebenezer dan Samuel Wilson. Samuel Wilson sering dipanggil "Uncle Sam" oleh rakannya. Setiap pakej ditandai inisial E.A.-U.S. Ketika ditanya erti singkatan ini, pekerja yang bergurau menjawab bahawa EA adalah Elbert Anderson dan US adalah Uncle Sam yang sepatutnya adalah United States. Jadi ia menjadi popular di kalangan para pekerja, tentera, dan orang ramai.
Kisah diatas akhirnya di tulis dalam sebuah akhbar. Pada 1860-an dan 1870-an, kartunis politik Thomas Nast mula mempopularkan gambar Uncle Sam. Nast mengembangkan gambar tersebut dengan memberikan Uncle Sam janggut putih dan pakaian yang bermotifkan bintang dan garis. Nast jugalah yang menciptakan citra Santa Claus dan gajah sebagai simbol Parti Republik. Pada September 1961 Kongres AS mengakui Samuel Wilson sebagai pelopor simbol nasional Amerika.
Uncle Sam Wilson dianggap sebagai model seorang usahawan yang bekerja keras dan cinta kepada tanah airnya. Wilson meninggal di usia 88 tahun pada 1854 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Oakwood di Troy, New York. Bandar itu mendapat gelaran 'Rumah Uncle Sam.'
Akhirnya, nama Uncle Sam secara rasmi dipakai untuk gelaran negara Amerika. Warga Amerika sekarang bangga dengan gelaran dan citra yang dimiliki Uncle Sam.
Diedit dari forum.kompas.com

No comments:
Post a Comment