Warnakan rambut berisiko mendapat kanser


Mewarnakan rambut adalah suatu budaya lumrah dalam masyarakat, terutama remaja.

Mereka ingin tampak bergaya dengan fesyen rambut yang saling bertukar warna­nya. Namun, tanpa mereka sedari ia mengundang bahaya yang amat besar.

Satu kajian Persatuan Penyelidikan Barah Amerika Syarikat, mendapati pewarna rambut mempunyai risiko kepada penyakit barah.

Berdasarkan kajian itu, terdapat dua bahan kimia dalam pewarna rambut ialah ‘para-phenulencediamine’ dan‘tetrahydro-6-nitroquinoxaline’.


Bahan kimia itu menunjukkan tanda kerosakan genetik badan manusia dan menyebabkan barah ke atas haiwan.


Kajian itu turut mendapati kaum wanita yang sering menggunakannya berisiko tinggi mendapat barah rahim. Ini kerana wanita dikenali pasti mempunyai variasi genetik berbanding lelaki.

Wanita yang me­ngandung mempunyai lebih banyak ‘karsinogen’, iaitu unsur yang boleh membawa kepada kanser ini.

Setiap wanita mempu­nyai karsinogen yang berbeza. Ada yang lambat pergerakannya dan ada yang cepat.

Bagi wanita yang karsinogen yang lambat maka risiko terkena kanser adalah rendah, begitulah sebaliknya.

Kajian yang dilakukan oleh Pusat Kanser Me­nyeluruh Norris di Universiti California Selatan mengenalpasti sejumlah ge n yang mempunyai pengaruh yang besar terhadap arylamines iaitu zat yang terdapat dalam pewarna rambut yang kekal. - Harian Metro


3 comments:

  1. tak pernah warnakan rambut guna bahan kimia lain. tapi warna dgn inai pokok je dulu. inai serbuk pun tak berani takut tak sah solat..

    lagipun syglah rambut kalau warna guna bahan kimia, dia akan kelihatan kasar..

    ReplyDelete
  2. tak pernah warnakan rambut guna bahan kimia lain. tapi warna dgn inai pokok je dulu. inai serbuk pun tak berani takut tak sah solat..

    lagipun syglah rambut kalau warna guna bahan kimia, dia akan kelihatan kasar..

    ReplyDelete
  3. Sebaiknya tak payahlah warnakan rambut. Kalau nak sangat guna aje inai yg original.... tapi kalau jenis rambut hitam inai original pun tak mempan nak buat rambut bertukar warna (anak kakak dah buat hihi....)

    ReplyDelete