Berikut ini hasil dari pelbagai penyelidikan mengenai keunggulan wanita seperti ditulis oleh cosmpolitan:
1. Tulisan Tangan
1. Tulisan Tangan
Wanita mempunyai kemampuan yang lebih baik dalam urusan tulis menulis berbanding lelaki. Hal ini terjadi sejak mereka kecil ketika mempelajari menulis huruf abjad. Serat-serat saraf yang mengawal kemahiran motor di otak lelaki tidak sebaik yang perempuan miliki. Pada ketika itu anak perempuan lebih baik mempelajari tulisan tangan berbanding anak lelaki.
2. Kesedaran untuk Makan Makanan Sihat
Universiti Minnesota melakukan kaji selidik terhadap lebih daripada 14 ribu orang yang mendedahkan bahawa wanita lebih menjaga kesihatannya dengan memakan makanan yang sihat berbanding lelaki. Ketika lelaki memilih pizza sejuk di dalam peti sejuk, wanita lebih memilih buah-buahan yang mempunyai lebih banyak nilai nutrisi dan rendah kalori.
3. Lebih Cepat Belajar
Kajian yang dilakukan Universiti Goegia dan Universiti Columbia mendapati pada dasarnya wanita punya kemampuan untuk lebih mengembangkan fikirannya. Menurut penyelidikan tersebut wanita lebih penuh perhatian, fleksibel. Jadi semasa bekerja, wanita lebih mudah memahami tugas yang diberikan berbanding rakan kerja lelakinya.
4. Lebih Pintar
Berdasarkan penyelidikan ujian IQ dari seluruh dunia, wanita mempunyai IQ yang lebih tinggi daripada lelaki. Kajian itu dilakukan oleh James Flynn yang meneliti IQ pelbagai orang di dunia bermula dari Amerika, Eropah, Kanada, New Zealand, Argentina dan Estonia. Dari keputusannya didapati IQ wanita kebanyakannya berada di atas.
5. Lebih Bersedia Semasa temuduga Kerja
Sebuah penyelidikan yang dilakukan University of Western Ontario mendedahkan wanita lebih boleh mengatasi stres semasa temuduga kerja. Kajian mendapati walaupun wanita lebih panik ketika melakukan persiapan temuduga, tetapi wanita lebih mempengaruhi pihak penemuduga berbanding lelaki. Hal itu tentu kerana wanita lebih mempersiapkan diri dan bersedia untuk ditemuduga.
6. Imuniti Tubuh Lebih Baik
Kajian yang dilakukan Universiti McGill mendapati bahawa wanita mempunyai sistem imun lebih baik berbanding lelaki. Hal itu kerana hormon estrogen di dalam tubuh membuat wanita boleh melawan jangkitan lebih kuat. Dalam hormon estrogen ada enzim tertentu yang menjadi perlindungan pertama tubuh ketika diserang bakteria dan virus. Imuniti yang lebih baik ini membuat wanita lebih panjang umur berbanding lelaki. Kira-kira 85% orang yang berumur lebih dari 100 tahun adalah wanita.
wolipop.detik.com
Sad to agree but kinda true x)
ReplyDeletesetuju dgn yg no 1 heheeh
ReplyDeleteTapi pompuan ada banyak kelembapan!
ReplyDelete1) lembab dalam mengendalikan kenderaan, walaupun bawa kancil, myvi tapi bawa macam lori treler, terhengeh-hengeh nak parkir.
2) lembab memilih makanan, terhengeh-hengeh, cedok sana, cedok sini, alih-alih tak ambik pun makanan tu, (menyebabkan kesesakan) terutamanya di kantin.
3) lembab nak bersiap, memang tak reti urus masa, Kaum lelaki bersiap tak sampai 5 minit. tapi kaum pompuan ambil masa 31-40 minit (itu pun paling cepat utk ke tempat kerja)
ehem..berbangga la jadi wanita kan,,
ReplyDeleteFakta kau kurang tepat ok ... Bab yang terakhir tu hahah kelakar wanita panjang umur haha woi panjang umur ke tak ke allah yang tentu kan kalau wanita panjang umur kenape ramai yang mati usia muda bro...dan kau cakap wanita lebih bersedia temuduga tapi kenape dalam office saya ada seorang wanita itu selalu datang lambat dan tak bersedia siap kena marah bos lagi haaa.
ReplyDeleteDan kalau wanita cepat belajar kenape kawan wanita saya selalu tanya saya macam Mana nak selesai kan ini macam mana nak buat itu agak agakLah ye nak buat fakta mcam ni...