ORANG ramai mengunjungi sebuah kedai emas untuk membeli barangan kemas di Jalan Post Office Lama, Kota Bharu semalam. |
KOTA BHARU - Di sebalik kehangatan kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di sini, orang ramai khususnya kaum wanita Kelantan tidak melepaskan peluang membeli barangan kemas berikutan harga emas turun sejak minggu lepas.
Harga emas jenis 916 yang menjadi pilihan ramai turun kepada RM380 bagi 2.7 gram berbanding RM420 untuk 2.7 gram sebelumnya.
Harga emas di pasaran dunia yang dicatatkan semalam ialah RM140 satu gram.
Tinjauan di sekitar bandar Kota Bharu seawal pukul 9 pagi semalam mendapati pengunjung mula membanjiri kedai-kedai emas, malah ada yang sanggup beratur sebelum waktu perniagaan bermula.
Pekerja sebuah kedai emas di Jalan Post Office Lama di sini, Wan Ahmad Salihan Wan Mohd Zaki berkata, orang ramai mula menyerbu kedai milik keluarganya itu selepas berita harga emas turun disiarkan akhbar pada minggu lepas.
Susulan itu, Wan Ahmad Salihan berkata, operasi kedai itu yang ditutup pukul 5.30 petang setiap hari kini dilanjutkan sehingga pukul 7 malam.
Antara yang menjadi pilihan pelanggan ialah rantai, gelang dan loket selain barangan kemas yang ditempah mengikut kehendak mereka. - Kosmo

eh... memamng murahlah tapi bahaya pakai emas banyak takut kena ragut, kalau simpan sebagai saham bagus..
ReplyDeletemoh kite ke kedai emas..huahua
ReplyDeletealamak...knpa x tahu ni...sy nk serbu jg!
ReplyDeletemoning sis
ReplyDeletesinggah pagi
ala takde duit la nak beli. belanja aku rezaaaaaa
ReplyDeletekelantan mmg la camni..time mas mahal pon ramai yang membeli ni kan pulak mas dah murah..
ReplyDeletebila jadi mcmni, rasa rugi tak duduk kelantan.. T.T
ReplyDeletesalam,
ReplyDeleteorang klate mmg minat emas gitu
kak ati lama dah tak beli emas
bukab pakai pun..hehe
dan jgn lupa bayar zakat gak ekk..
ReplyDelete