Mayonis rasa ganja sajian baru resto di Belanda


Sebuah rangkaian restoran makanan segera dari Belanda akan menyajikan mayonis rasa ganja mulai bulan ini di semua cawangannya di negara itu. Namun belum diketahui sama ada mayonis ini juga akan dijual di cawangan mereka di luar Belanda.

Sos mayonis menjadi pilihan untuk dimakan bersama kentang goreng di beberapa negara Eropah. Manneken Pis, rangkaian resto yang menyediakan perisa mayones, adalah yang paling terkenal

Namun pemilik resto memberi amaran bahawa resepi tersebut tidak mengandungi bahan-bahan aktif tetrahydrocannabinol, umumnya dikenali sebagai THC, yang biasa dijumpai dalam daun haram yang dihalalkan di Belanda ini.

"Ini hanya tentang rasa," kata Albert van Beek, pemilik Manneken Pis, kepada Sky News. "Kami adalah pakar dalam sos, dan kami selalu ingin melakukan kepelbagaian. Saya yang punya idea kerana saya mencium ganja yang berasal dari warung kopi di seberang gerai kentangku di Amsterdam setiap hari."

Belanda telah lama mempunyai beberapa undang-undang yang paling liberal di dunia mengenai penggunaan dadah. Rancangan untuk menghentikan pelancong mengunjungi kedai kopi penjual ganja di Amsterdam yang terkenal ditolak kurang daripada enam bulan yang lalu. - Tempo.co


No comments:

Post a Comment