Gambar hiasan |
Bandar Seri Jempol: Seorang lelaki di FELDA Palong dekat sini, sanggup membakar abangnya sendiri kerana marah ditegur terbabit dalam penagihan najis dadah, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, suspek berusia 21 tahun terlebih dulu cuba membakar kereta abangnya yang berusia 28 tahun, tetapi sempat dihalang.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, suspek berusia 21 tahun terlebih dulu cuba membakar kereta abangnya yang berusia 28 tahun, tetapi sempat dihalang.
Ini menyebabkan suspek yang marah menyimbah petrol ke badan abangnya dan menyalakan api menggunakan pemetik api di depan anggota keluarganya yang lain.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias, berkata mangsa melecur teruk di muka, kepala, dada, tangan dan bahagian belakang badan.
Katanya, mangsa yang tinggal di Batu Kikir dekat sini sebelum datang ke rumah keluarganya di FELDA Palong, sempat menghubungi adiknya supaya datang ke situ.
Pertengkaran berlaku
“Ketika di rumah keluarga, mangsa menegur suspek kerana jarang pulang ke rumah dan tinggal dalam kebun bersama rakan yang dipercayai terbabit dalam penagihan najis dadah.
“Teguran itu menyebabkan pertengkaran berlaku sebelum suspek marah dan bertindak ganas cuba membakar kereta, diikuti membakar abangnya,” katanya.
Hamzah berkata, ahli keluarga yang terkejut menyaksikan perbuatan suspek segera mengejarkan mangsa ke Klinik Kesihatan Palong sebelum dirujuk ke Hospital Jempol.
“Kecederaan parah mangsa menyebabkannya dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk rawatan lanjut.
“Suspek melarikan diri selepas kejadian itu, tetapi polis berjaya menahannya di sini, kira-kira jam 8 pagi tadi (semalam),” katanya yang memberitahu kejadian itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. - BH
Sangat berani...
ReplyDeleteassalamualaikum redza,
ReplyDeleteinilah akibat dan bahana najis dadah...
nauzubillah..
sabar je la
ReplyDeletedia x layak dipanggil adik!!
ReplyDeleteMashaAllah..
ReplyDeleteapa nak jadi budak2 sekarang ni x(