PRU13: CUEPACS minta JPA beri cuti tanpa rekod untuk balik kampung mengundi


Datuk Omar Osman
KUALA LUMPUR - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diminta supaya menimbang memberi cuti tanpa rekod pada 5 dan 6 Mei ini kepada penjawat awam yang ingin balik ke kampung untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, pemberian cuti itu penting untuk menggalakkan lebih ramai penjawat awam terutama yang bekerja di bandar pulang ke kampung atau kawasan mengundi bagi menunaikan tanggungjawab mereka.

"Walaupun hari mengundi pada 5 Mei adalah Ahad tetapi ada beberapa negeri yang merupakan hari bekerja pada hari tersebut

"6 Mei jatuh pada hari Isnin. CUEPACS minta agar penjawat awam diberi cuti supaya mereka tidak terburu-buru untuk balik ke tempat kerja terutama bagi yang bekerja mengikut syif," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Kongres CUEPACS di sini semalam.

Menurut beliau, jika penjawat awam itu bekerja di Kuala Lumpur dan mengundi di Kelantan, mungkin ia akan menimbulkan kesusahan atau mungkin ada yang terpaksa ambil cuti sendiri.

Omar turut mencadangkan kepada JPA untuk membenarkan penjawat awam mengeluarkan 20 peratus daripada jumlah ganjaran perkhidmatan masing-masing pada usia 50 tahun.

Katanya, pengeluaran itu bagi membolehkan kira-kira 1.4 juta penjawat awam menampung perbelanjaan mereka atau menggunakan wang berkenaan untuk menyelesaikan sebarang pinjaman kewangan sebelum pencen. - Bernama


3 comments:

  1. baru ngerti aku sekarang hehehe.. mksh

    ReplyDelete
  2. Pejawat awam aje ke? Apa hal pulak macam kakak kakitangan swasta? Eh... kami pun nak mengundi juga tau (hahaha... kan kakak macam nak marah dah)

    ReplyDelete