Christian Nayet |
Terjebak dalam situasi kecemasan boleh dialami siapa saja, termasuk pesakit yang tengah dibawa dalam ambulans. Seorang pesakit di Perancis terpaksa menolong pemandu ambulans yang seharusnya menghantarnya ke hospital.
Pesakit yang menjadi wira itu adalah Christian Nayet yang sedang mengidap kanser tahap akhir. Ketika itu dia sedang dalam perjalanan menuju hospital di bandar Lille. Tiba-tiba pemandu ambulans terkena serangan jantung semasa dalam perjalanan sehingga membuatkan Christian terus membuat keputusan mengambil alih pemanduan.
"Saya berkata kepadanya, 'Beri saya kunci kereta, percayalah padaku! Hidup saya tidak dalam bahaya, tetapi hidupmu dalam bahaya'," tutur Christian kepada harian Voix du Nord.
"Saya tak boleh membunyikan siren ambulans tapi boleh menyalakan lampunya. Saya meminta si pemandu mengeluarkan tangannya dari tingkap untuk meminta jalan."
Bukan hanya memandu ambulans, datuk berusia 60 tahun itu juga bertindak sebagai paramedik kecemasan. Dia masih sempat memberikan ubat antikoagulan darah kepada pemandu ambulans semasa perjalanan.
"Tanpa bantuannya, pemandu ambulans itu mungkin sudah meninggal," ucap pengurus bahagian kecemasan, Frederic Allienne.
Christian dipuji kerana dengan cekap menghentikan ambulans di depan ruang kecemasan sehingga si pemandu dapat ditangani. Dia sendiri kemudian dibawa untuk pemeriksaan rutin selepas menyelamatkan nyawa pemandu ambulans. - wk

No comments:
Post a Comment