Manap menerima jahitan di dada dan ibu jarinya yang putus di Hospital Kuala Lipis sambil ditemani anaknya |
KUALA LIPIS – Tindakan berani. Seorang warga emas nekad menendang harimau sekuat hati setelah haiwan itu cuba mengheretnya ke hutan sebelum lari menyelamatkan diri.
Kejadian itu menyebabkan Manap Busu, 77 nyaris maut setelah putus ibu jari tangan kanan akibat diserang ketika masuk hutan di Kampung Ganding, dekat sini untuk melihat ternakan kerbau miliknya.
Mangsa yang merupakan pesara polis zaman British berkata, dia mendapat tahu daripada seorang rakannya bahawa ada kerbau miliknya hilang dipercayai dibaham harimau.
Bagi mendapatkan kepastian katanya, dia mengambil keputusan untuk ke hutan sendirian kira-kira jam 3 petang, 27 April lalu.
“Sehari sebelum kejadian (Jumaat), seorang kawan beritahu ada kerbau yang hilang dibaham harimau.
“Esoknya (Sabtu) pakcik ke hutan seorang diri dan tak bawa apa-apa senjata,” katanya.
Manap berkata, tanpa diduga dia diserang seekor harimau yang muncul secara tiba-tiba dari arah hadapan.
“Harimau itu terkam pakcik dari arah depan dan cakar dada serta tangan kiri pakcik. Pakcik cuba tolak harimau tu dan tumbuk beberapa kali tapi hujung ibu jari tangan kanan pakcik digigit hingga putus.
“Pakcik tidak mampu buat apa-apa sebab tak bawa senjata, tapi dengan kudrat yang ada, pakcik bergelut untuk lepaskan diri,” katanya.
Menurutnya, dia mempunyai kekuatan yang luar biasa akibat terlalu panik sehingga bertindak menendang haiwan terbabit.
“Nasib baik harimau itu lari selepas kena tendang, kalau tidak pakcik tak tahulah apa akan jadi.
"Pakcik selepas itu cepat-cepat selamatkan diri dan pecut motosikal pulang ke rumah,” katanya.
Akibat kejadian itu Manap menerima beberapa jahitan di bahagian dada dan ibu jari tangan kanannya yang putus.
Mangsa kini ditempatkan di Hospital Kuala Lipis dan dilaporkan stabil. - Sinar Harian

Bukan calang-calang org pakcik ini..
ReplyDelete