Per0gol kanak-kanak 5 tahun berjaya ditangkap

 Perogol kanak-kanak berusia 5 tahun di India berjaya ditangkap polis. Si penjenayah merupakan pemuda berusia 22 tahun ini ditangkap setelah lari dari buruan polis.

Seperti dilapor AFP, Sabtu (20/4/2013), pemuda yang bernama Manoj Kumar ini berjaya ditangkap ketika bersembunyi di kediaman ayah mertuanya di wilayah Bihar, India bahagian timur. 

Polis tempatan mengatakan, Kumar memperkosa mangsanya yang masih kanak-kanak di dalam bilik yang dikunci selama 48 jam, setelah menculiknya.

"Ini merupakan perbuataan seorang monster," ujar ketua polis setempat, Ravindar Kumar. Penangkapan penjanayah ini merupakan hasil kerjasama dari pasukan polis New Delhi dan pasukan dari Bihar.

Menurut Ravindar, pemuda itu tiba di desa Chiknouta pada Jumaat (19/4), setelah lari dari New Delhi dengan menggunakan kereta api. Pemuda tersebut akan dibawa kembali ke ibu negara New Delhi dan diadli di sana.

"Dia harus dihukum secepat mungkin," tegas Ravindar.


Mangsa yang menangis dijumpai di pinggir jalan oleh seorang pejalan kaki, pada Rabu (17/4) lalu. Gadis kecil ini kemudian dibawa ke hospital di New Delhi. Pada Jumaat (19/4), doktor menyatakan, mangsa dalam keadaan kritikal.

Akibat dari perbuatan keji penjenayah tersebut, mangsa mengalami kecederaan dan jangkitan organ dalam yang sangat serius. mangsa juga mengalami luka di beberapa bahagian tubuhnya.

Namun hari ini, Sabtu (20/4), pihak hospital menyatakan mangsa dalam keadaan stabil, walaupun  masih perlu menjalani beberapa pembedahan. Gadis kecil ini dirawat di All India Institute of Medical Sciences yang ada di ibu negara New Delhi.

"Dia dalam keadaan sedar. Keadaannya sekarang baik dan dalam pengawasan ketat," jelas doktor DK Sharma yang memimpin pasukan doktor yang merawat mangsa

news.detik.com.


No comments:

Post a Comment