Harimau bintang mengamuk huru-harakan sebuah kampung, 15 orang cedera

Seekor harimau bintang mati ditembak selepas ia menyerang sebuah perkampungan hingga menyebabkan 15 orang cedera termasuk tiga pegawai polis di Gothatar pinggir Kathmandu, Nepal, kelmarin.

Menurut jurucakap polis dalam laporan MailOnline, sepasukan pegawai Polis Lingkaran Metropolitan, Koteshwor yang disertai anggota penembak tepat berjaya membunuh haiwan itu

Sebelum ini, beberapa anak lembu ditemui mati dipercayai dibaham spesies pemangsa tersebut antara sempadan hutan pagar Mrigasthali dan Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan.

Pihak berkuasa kini berhadapan tekanan untuk mengelakkan serangan sama berulang selepas beberapa kejadian sebelum ini turut meragut nyawa penduduk kampung.




 


Daily Mail




1 comment: