Seorang wanita Amerika Syarikat (AS) dihadapkan ke mahkamah kerana memotong alat kelamin suaminya yang berumur 60 tahun. Wanita berumur 50 tahun itu mendakwa dirinya terpaksa berbuat demikian demi menghentikan suaminya yang hiperseksual.
Catherine Kieu Becker dibicarakan di mahkamah Los Angeles, AS pada Rabu, 17 April waktu tempatan atas dakwaan penyeksaan, mencederakan dengan pisau dan penganiayaan berat. Mangsa yang dikenal pasti sebagai Glen memberitahu, perbuatan isterinya itu sama saja dengan membunuhnya.
"Dia membunuh saya malam itu," kata Glen di mahkamah. Menurutnya, kejadian itu berlaku tahun 2011 di rumah mereka di Garden Grove, tenggara Los Angeles. Kata Glen, akibat perbuatan isterinya, dirinya kini tak boleh lagi berhubungan seks.
Pasangan tersebut baru berkahwin kurang dari setahun pada tahun 2010, ketika Glen menyampaikan niatnya untuk bercerai. Namun menyatakan, mereka tetap tinggal bersama kerana alasan kewangan.
Kieu mendakwa, suaminya itu hiperseksual dan sering menemui seorang bekas kekasihnya. Kieu berkahwin dengan Glen pada Disember 2009.
Peguam Kieu, Frank Bittar mengatakan, kliennya itu mempunyai trauma seumur hidup. Wanita yang masa kecilnya dihabiskan di Vietnam itu, pernah diperkosa oleh abangnya.
"Dia (Glen) hiperseksual, menggunakan ubat-ubatan anti-ereksi dan memaksanya melakukan gaya-gaya seks yang menyakitkan," cetus Bittar seperti dilapor AFP, Khamis (18/4/2013).
"Anda akan mendapati bahawa dalam fikiran Catherine, dia memotong penis suaminya kerana dia ingin menghentikan lelaki itu mencederakan dirinya dengan penisnya," kata Bittar dalam pernyataan bertulis yang disampaikan ketika perbicaraan.
Ketika kejadian pada 11 Julai 2011 tersebut, Kieu mencampurkan ubat imsonia Zolpidem ke hidangan makan malam suaminya. Akibatnya, lelaki itu mengantuk dan langsung tertidur. Dia kemudian terbangun dan mendapati kedua kaki dan tangannya diikat ke hujung katil. Dia pun melihat isterinya memegang sebilah pisau.
"Saya merasakan dia memegang zakar saya. Saya sangat terkejut. Tiba-tiba saya merasakan kesakitan yang amat sangat dan dia ternyata telah memotong zakar saya dan melemparkannya ke atas karpet berhampiran katil," tutur Glen.
Kieu kemudian memasukkan potongan zakar itu ke mesin penghancur sampah. Atas kejadian itu, Glen dirawat di hospital selama beberapa hari. Dia menjalani pembedahan, namun bukan "operasi rekonstruktif". Pembedahan itu hanya bagi membolehkan alat kelaminnya mengeluarkan air kencing.
"Sudah tentu, saya tidak akan dapat menikmati kehidupan seks lagi," cetus Glen.
Jika terbukti bersalah, Kieu boleh dihukum penjara maksimum seumur hidup, tanpa kemungkinan pembebasan bersyarat.
news.detik.com

No comments:
Post a Comment