Budak 5 tahun kritikal akibat diculik dan dirogol kejam


NEW DELHI - Seorang kanak-kanak berumur lima tahun kini bertarung nyawa di hospital selepas diculik dan dirogol kejam dalam insiden keganasan terbaru di India, menurut media tempatan, semalam.

Siasatan awal polis mendapati, mangsa dipercayai dikurung lebih 48 jam dalam bilik berhampiran rumahnya di kawasan ibu negara selepas diculik ketika sedang bermain, Isnin lalu.

Ketua Perubatan Hospital Swami Dayanand, R N Bansal berkata, budak itu mengalami trauma teruk semasa dibawa ke hospital.

"Terdapat kesan lebam pada leher dan kecederaan lain pada anggota tubuhnya serta keadaannya sangat kritikal. Dia kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Kami juga menemui objek asing dalam kemaluannya yang telah menyebabkan jangkitan," jelas beliau lagi yang dipetik dalam laporan AFP

Difahamkan, mangsa ditemui dalam keadaan menyedihkan selepas beberapa orang yang lalu lalang di kawasan itu mendengar tangisannya.

Dalam satu kenyataan, ibu bapa kanak-kanak malang tersebut mendakwa pihak berkuasa tidak sensitif dengan siasatan mereka.

"Mereka enggan menerima aduan kami dan turut bertindak sambil lewa," menurut bapa mangsa. - Sinar Harian



1 comment:

  1. dulu, kita masih boleh lagi keluar bermain di padang. zaman sekarang, tak kira negara mana, dah terlalu bahaya tanpa pengawasan..

    ReplyDelete