Seorang remaja 17 tahun fasih 23 bahasa


Timothy Doner, seorang remaja dari New York bukan hanya dapat berbicara dengan bahasa Inggeris sahaja tetapi pemuda 17 tahun ini adalah seorang polyglot. Dia mampu berbicara dalam pelbagai bahasa. Bukan dua atau tiga bahasa yang Doner kuasai, namun 23 bahasa.

Doner tidak hanya menguasai bahasa yang popular seperti Perancis, Sepanyol, Itali, Jerman, Arab, China, Jepun, dan Latin sahaja. Dia juga boleh bercakap isiXhosa, bahasa rasmi Afrika Selatan; Wolof di Gambia; Swahili; dan Ojibwe, bahasa asli Amerika; Yunani kuno; dan Pashto.

Alasan pertama Doner belajar bahasa kerana ketertarikannya dengan muzik hip-hop Israel. Dia belajar bahasa Ibrani dengan menghafal lirik lagu hip-hop itu.

"Enam bulan kemudian, saya mula dapat bercakap bahasa Ibrani," kata Doner di Mail Online, Rabu, 10 April 2013. "Semua itu berkat hafalan lirik lagu."

Untuk bahasa lain, Doner belajar melalui buku dan aplikasi di iPhone. Semuanya  dipelajari dalam hitungan minggu hingga bulan saja.


"Belajar suatu bahasa dengan serius akan membantu kita memahami orang lain," ujar Doner

Doner mulai terkenal di media sosial ketika memuat naik video ke YouTube. Dalam rakaman itu, beliau bercakap dalam 20 bahasa berturut-turut. Hingga menimbulkan banyak komen positif dari orang yang menontonnya.

"Sekarang saya ingin belajar bahasa Sudan dan Melayu," ujarnya. - tempo



3 comments: