Itik masuk mahkamah


HONOLULU - Pegawai Keselamatan Awam terkejut apabila seorang pendakwa raya didapati menyorokkan itik ketika perbicaraan di Mahkamah Honolulu.

Dipetik AFP, jurucakapnya, Toni  Schwartz berkata, pihaknya mengesan sebuah beg bergerak ketika semua juri dan orang awam melalui mesin pengimbas sebelum memasuki mahkamah tersebut.

“Beg itu dimiliki oleh seorang pegawai pendakwa raya. Beliau enggan membuka beg ketika diminta berbuat demikian tetapi akhirnya akur, selepas didesak anggota keselamatan” katanya.

Menurutnya, kejadian ini sungguh luar biasa kerana kebiasaannya juri atau orang awam akan membawa anjing dan bukannya seekor itik. - Sinar

1 comment: