Seorang penyokong Arsenal dilarang menonton bola sepak selama tiga tahun gara-gara membaling pisang

Penolong pengadil mengambil pisang yang dibaling ke arah Gareth Bale

 Seorang penyokong kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris, Arsenal, dilarang untuk menonton perlawanan bola sepak selama tiga tahun.

Larangan yang berat ini kerana penyokong kelab yang berpangkalan di London ini mengaku melemparkan pisang ke pemain kelab Tottenham Spurs, Gareth Bale, ketika berlangsung perlawanan antara Spurs dan Arsenal.


Pejabat berita AP hari Jumaat (12/4/2013) melaporkan, Thumas Flint, penyokong Arsenal ini, dituduh "bertingkah laku tidak terhormat" dengan melemparkan pisang ke arah Bale ketika pemain Spurs ini bersiap mengambil tendangan sudut. 

Dia juga berteriak kepada penyokong  Spurs semasa berlangsung pertandingan Liga Perdana di White Hart Lane, pada 3 Mac lalu.


Hakim Daerah, Rebecca Crane, kepada Flint ketika sidang mahkamah hari Jumaat menegaskan bahawa sebagai penyokong bola sepak dia boleh setia pada pasukan, tetapi tak boleh marah dan bersifat permusuhan kepada pemain tertentu dan pasukan lawan. Hal ini cenderung menjadi satu kekerasan.

Flint juga dikenakan denda 250 poundsterling. Kelab Arsenal sebelumnya menegaskan, pihaknya akan menjatuhkan larangan seumur hidup untuk penyokongnya yang terbukti melakukan serangan kepada pihak lawan.

Daily Mail

No comments:

Post a Comment