Kerjaya glamor, terkenal punca pendek umur


London: Kerjaya glamor atau menjadi terkenal di mata masyarakat boleh menjadi punca yang memendekkan hayat seseorang, lapor satu analisis obituari akhbar.

Kajian mendapati, penghibur dan bintang sukan cenderung untuk mati lebih awal berbanding orang lain yang berjaya dalam bidang karier berbeza, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC).

Walaupun penyelidik berkata kajian terbabit tidak memberikan sebarang jawapan muktamad, tetapi ia bertanyakan mengenai soalan menarik mengenai harga kemasyhuran.


Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam QJM: An International Journal of Medicine, pakar di Australia melihat 1,000 ruangan obituari dalam akhbar New York Times antara 2009 dan 2011.

Mati pada usia lebih muda

Kajian berkenaan menunjukkan pelakon, penyanyi, ahli muzik dan mereka yang membina kerjaya dalam bidang sukan dikatakan mati pada usia secara purata 77 tahun.

Penulis, komposer dan artis pula dikatakan mati ketika berusia 79 tahun manakala ahli akademik termasuk ahli sejarah dan ekonomi hidup sehingga 82 tahun. AGENSI


2 comments: