Penagih dadah berusia 12 tahun dicekup


KUANTAN: Seorang murid lelaki tahun enam antara 22 individu yang ditahan pihak polis dalam operasi membanteras penyalahgunaan dadah di Kuantan.

Murid sekolah rendah itu ditahan bersama penagih lain di sebuah bengkel besi dekat Gudang Rasau di sini dalam operasi pukul 6 petang kelmarin.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang Supt Yap Toon Khuan berkata murid itu disahkan positif dadah jenis pil kuda.

"Murid itu juga mengaku menghisap rokok sejak awal usia sembilan tahun," katanya ketika dihubungi hari ini.

Bengkel itu dipercayai menjadi tempat kanak-kanak itu dan penagih lain berkumpul bagi melepaskan gian, katanya.

Katanya, kanak-kanak terbabit dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. - MyMetro



No comments:

Post a Comment